Khamis, 7 April 2016

Luahan Seorang Geraduan (Its so hard to find job now)

  Haih bosannya menganggur ni wey..Berdasarkan research dari google seramai 216,048(56%) graduan universiti menganggur termasuk aku dalam pratus tu dari budak kolej bukan Universiti...hahaa. setiap hari aku bosan.. aku nak kerja tapi tu lah rezeki belum ade lagi. Habis belajar dah nak hampir setahun dah.Kalau aku tau la zaman sekarang ni its so hard to find job dah lama lepas SPM 2011 dulu aku dah kerja.. tak payah sambung blajar pon xpe,.. so sekarang  kerja kat rumah bina badan je la. Gemuk dah :')
  So wat masa skrag ni  aku fokus nak cari kerja blah prai peneng je .. kalau boleh nak kerja kerani la sebab berdasarkan kelulusan aku ada diploma(nampak tak memilih?hahaaahaa)
Masuk ni dah dua kali aku p tebiew tapi semua tolak aku, dari gaya kiasnya macam aku tade experience bahagian kerani. memang lah takde exprience tu kalau tak bagi peluang kat fresh graduates macam aku ni..hummm sedihnya. :'( .. nak kate pengalaman keje ade je aku penah kerja kFc n jadi operator kilang tapi tu la nk bidang kerani kene ada pngalaman krani lah..hmmmm. 
 Sampai lah mak kata "payah sangat hang tu nak dapat kerja jadi pelakon je la, boleh gak mak tengok kat tV" hahaaaha itu mende paling klakar mak aku sembang..hahaa 
 Actually impian aku nak jadi doktor tapi slek aku mintak tukar dari klas sC dulu tu yg impian rasa terkubur tu. Dalam masa yg sama aku ni takut darah so x layak jadi doktor..hahaaaha. tapi teringin jugak nak jadi doktor psikiatri ubat2 orang yg poblem mental pon seronokkan.Tapi aku ni jenis punya kesabaran yg kurenk so kang aku pulak yg mental. tapi tu lah impian tinggal impian...hohoooh
 Then sekrag ni aku teringin pulak nk jadi wartawan macam hazleen hussin dalam 999 tu.. Tapi kalau nak jadi reporter ni english kene perfect.. aku ni nak speaking pon kelaut..hahhaahaa sedih btol. Tu yang aku tak berani nak apply tu... semangat aku tak tau kmana n level confident  aku ni low giler...hummmm sedih lah.... 
So sekarang ni aku banyak buat dropship je sebab nak tambah side income. Nasiblah rumah ade internet. Ade gunanya jugak kat aku.. Rumah pulak pendalaman, Kalau nak g pekan besar kene lintas hutan dulu.. Kebanyakan wktu kerja kat area pekan pulak  antara jam 9 pagi sampai 10 malam. Dah la aku ni ade moto je.. kereta takde.. tu mak tak bagi kerja kat pekan ulang alik tu. Bahaya katenye balik mlam2. So dduk laa aku bina badan kat rumah.. huhuuuuuuuuuuh. 
  Haih aku tak tau nak mengadu apa lagi sebab bukan sapa sudi baca pon so update suka suka syok syok sndri je.,,,hahahaa Dan aku sentiasa berdoa semoga aku dapat kerja yang baik dan dapat bantu  ringankan beban mak dan family. Lagi 1 teringin jugak lah nak bagi mak duit setiap bulan asyik tengok kak aku je yang bagi duit kat mak.. jeloz betoi..hohoho.. Tapi syukurlah kak aku dah kerja dapatlah ringan beban mak nak sara kami adik bradik.. Semoga Suatu hari dapat kerje and dapat tunai impian aku yang terpendam selama ni and paling penting kumpul duit lpastu dapat bawak mak p haji.. Seronok giler.. :)
Amin Ya Rabbalalamin