Jumaat, 23 April 2021

resepi ikan siakap 3 rasa sedap dan simple

ikan siakap 3 rasa sedap dan simple 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,, dah lama aku tak bukak blog aku ni dah berhabuk rasanya. dalaman blog aku ni tempat nak post apa apa semua aku dah lupa😂🤭 harini je rajin sikit rasanya.

salam ramadhan yang ke 12 dan selamat berpuasa gaiss. mesti semua suri rumah hari hari fikir nak masak apa untuk berbuka kan, tambah2 yang ada anak nak ikut selera anak2 dan suami. kalau ikut selera sendiri makan sorang sorang pun takpe . macam aku aku suka makan pedas tapi suami aku tak suka makan pedas, so masak apa2 makanan kalau makan dengan suami semua aku tak letak cili padi..

kalau buat sambal tumis aku akan letak gula untuk kurang kan pedas sedangkan aku ni hidup dengan mak aku, mak aku tak suka letak gula dalam masakan dia,.jadi aku pun terikut lah tak suka gula dalam makanan. tapi dah berumah tangga ni aku kenelah ikut tekak dan perut suami aku.. #belajarSukatGulaDalamMasakan. 😂

Sebenarnya dari ramadhan ke 5 lagi tekak aku ni nak makan siakap 3 rasa aku pun beli lah ikan siakap, plannye nak masak hari tu jugak tapi sebab suami aku busy kerja so terpaksalah peram siakap tu dalam peti ais seminggu. kesian siakap aku tu sejuk beku seminggu 😂.

So weekend suami pun cuti kitorang plan nak bebuka kat luar je tapi dy pon pun fikir ikan dah sejuk lama dalam peti tu better masaklah harini. aku pun baru teringat siakap aku peram tu. so apa lagi. jom lah tengok resepi siakap aku yang tak berapa ni. .

resepi siakap 3 rasa style aku yang sedap dan mudah. .. so aku berasa rajin nak buat video resepi simple simple. suami aku la bagi bantuan record vedio tu 🤭. (vedio resepi ada di youtube .)  aku tak letak cili sebab suami tak makan  pedas.. tapi aku pulak suka makan pedas,,,🤣
resepi dibawah ya.. selamat berpuasa gaisss .salam ramadhan

resepi:

1) kuah ikan
tumiskan
-bawang putih diketuk
-serai diketuk
-bawang besar potong dadu
-cili kisar
-sos tomato
-sos cili
-sos thai
-sos tiram
-sikit air(kalau nak kuah banyak tambah air lagi)
-masukkan carrot potong dadu(bagi mendidih kejap suapaya carrot lembut sikit senang nak makan, "tu ikut pada koranglah")
-last masukkan tomato dan nanas potong dadu, perasa lah garam dengan gula, then siap!

2)ikan siakap (kelar ikan)
-lumurkan ikan dengan tepung bestari tak perlu garam bagai sebab tepung tu dah cukup rasa dah tapi aku lumur garam skit sebab aku suka masin2 sikit.
-then goreng ikan dengan minyak yang banyak sampai ikan tenggelam supaya semua bahagian masak. (aku goreng miyak tak penuh suami aku complain kepala ikan tak masak 🤣)
dah siap goreng siramlah kuah tadi tu atas ikan. lepastu hiaslah ikot style korang letak daun sup ke daun bawang ke daun ketumbar ke terpulang. lepastu jamulah untuk berbuka, .

selamat beramal gaiss. salam 2021. semoga korona virus/covid19 ni segera lah pergi dari bumi kita ni. amin. ya rabbalalamin

kunjungi youtube aku gaiss 

               ðŸ‘‡ 

siakap 3 rasa sedap dan simple

Khamis, 7 April 2016

Luahan Seorang Geraduan (Its so hard to find job now)

  Haih bosannya menganggur ni wey..Berdasarkan research dari google seramai 216,048(56%) graduan universiti menganggur termasuk aku dalam pratus tu dari budak kolej bukan Universiti...hahaa. setiap hari aku bosan.. aku nak kerja tapi tu lah rezeki belum ade lagi. Habis belajar dah nak hampir setahun dah.Kalau aku tau la zaman sekarang ni its so hard to find job dah lama lepas SPM 2011 dulu aku dah kerja.. tak payah sambung blajar pon xpe,.. so sekarang  kerja kat rumah bina badan je la. Gemuk dah :')
  So wat masa skrag ni  aku fokus nak cari kerja blah prai peneng je .. kalau boleh nak kerja kerani la sebab berdasarkan kelulusan aku ada diploma(nampak tak memilih?hahaaahaa)
Masuk ni dah dua kali aku p tebiew tapi semua tolak aku, dari gaya kiasnya macam aku tade experience bahagian kerani. memang lah takde exprience tu kalau tak bagi peluang kat fresh graduates macam aku ni..hummm sedihnya. :'( .. nak kate pengalaman keje ade je aku penah kerja kFc n jadi operator kilang tapi tu la nk bidang kerani kene ada pngalaman krani lah..hmmmm. 
 Sampai lah mak kata "payah sangat hang tu nak dapat kerja jadi pelakon je la, boleh gak mak tengok kat tV" hahaaaha itu mende paling klakar mak aku sembang..hahaa 
 Actually impian aku nak jadi doktor tapi slek aku mintak tukar dari klas sC dulu tu yg impian rasa terkubur tu. Dalam masa yg sama aku ni takut darah so x layak jadi doktor..hahaaaha. tapi teringin jugak nak jadi doktor psikiatri ubat2 orang yg poblem mental pon seronokkan.Tapi aku ni jenis punya kesabaran yg kurenk so kang aku pulak yg mental. tapi tu lah impian tinggal impian...hohoooh
 Then sekrag ni aku teringin pulak nk jadi wartawan macam hazleen hussin dalam 999 tu.. Tapi kalau nak jadi reporter ni english kene perfect.. aku ni nak speaking pon kelaut..hahhaahaa sedih btol. Tu yang aku tak berani nak apply tu... semangat aku tak tau kmana n level confident  aku ni low giler...hummmm sedih lah.... 
So sekarang ni aku banyak buat dropship je sebab nak tambah side income. Nasiblah rumah ade internet. Ade gunanya jugak kat aku.. Rumah pulak pendalaman, Kalau nak g pekan besar kene lintas hutan dulu.. Kebanyakan wktu kerja kat area pekan pulak  antara jam 9 pagi sampai 10 malam. Dah la aku ni ade moto je.. kereta takde.. tu mak tak bagi kerja kat pekan ulang alik tu. Bahaya katenye balik mlam2. So dduk laa aku bina badan kat rumah.. huhuuuuuuuuuuh. 
  Haih aku tak tau nak mengadu apa lagi sebab bukan sapa sudi baca pon so update suka suka syok syok sndri je.,,,hahahaa Dan aku sentiasa berdoa semoga aku dapat kerja yang baik dan dapat bantu  ringankan beban mak dan family. Lagi 1 teringin jugak lah nak bagi mak duit setiap bulan asyik tengok kak aku je yang bagi duit kat mak.. jeloz betoi..hohoho.. Tapi syukurlah kak aku dah kerja dapatlah ringan beban mak nak sara kami adik bradik.. Semoga Suatu hari dapat kerje and dapat tunai impian aku yang terpendam selama ni and paling penting kumpul duit lpastu dapat bawak mak p haji.. Seronok giler.. :)
Amin Ya Rabbalalamin

Sabtu, 29 Mac 2014

Assignment MPW-Pengajian Malaysia (Budaya Masyarakat Jawa)

Ni kalau junior or siape2 nak buat assignment tentang ni aku dah bagi dah nih.aku nak share skit ape yg aku buat..just copy paste je..tapi jangan la copy semua. atleast fikir jugak ayat sendiri, tapi kalau malas nak fikir xpe.. copy je yg aku punye ni..lepastu hanta..coz aku pon ade copy paste jugak...heheh.. x salah kita share ilmu kn?huhu. lagi satu kalau nak markah lebih boleh tmbah gmbar.  gambar boleh cari sendri yer,search je..conpem jumpe..

   

 PENGENALAN  BUDAYA

    Kebudayaan amat berkait rapat dengan ketamadunan sesuatu bangsa. Kebudayaan merangkumi tradisi, kepercayaan, perilaku dan benda-benda yang dipergunakan antara lain masyarakat-masyarakat tertentu dan apa yang memisahkancara hidup manusia sejak wujudnya manusia di permukaan bumi ini. Kebudayaan juga adalah cara hidup manusia yang diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi melalui pengetahuan sama ada bahasa mahupun media simbolik lain dan pengalaman. Kebudayaan juga adalah keseluruhan yang kompleks di mana di dalamnya terdapat ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan - kemampuan yang lain serta kebiasaan perilaku manusia sebagai anggota masyarakat. Uniknya makna kebudayaan seuniknya budaya yang terdapat dalam sesuatu kaum.  Kaum Melayu khasnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada tolok bandingnya. Serumpun Melayu mempunyai pelbagai masyarakat, samada masyarakat Minang, Jawa, Melayu Kedah Tua dan berbagai lagi. Namun, masyarakatJawa mempunyai keunikan tersendiri yang tidak dapat dibandingkan dengan etnik serumpun yang lain. Seperti yang diketahui, masyarakat Jawa merupakan sebahagian daripada masyarakat di alam Melayu. Pengkajian ini sesungguhnya sangat menarik kerana berapakah ramai anak bangsa yang mengetahui tentang kebudayaan bangsa Melayu itu sendiri?.  Sesungguhnya masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaandengan Masyarakat Melayu sama ada dari segi paras rupa, corak hidup dan kepercayaan. Adalah sukar untuk membezakan antara masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu.









Difinisi Budaya Jawa

    Pengertian budaya Jawa adalah salah satu budaya tradisonal di Indonesia yang sudah cukup tua, dianut secara turun temurun oleh penduduk di sepanjang wilayah Jawa Tengah dan Jawa Timur. Meskipun banyak orang Jawa menganggap bahawa budaya Jawa itu hanya satu dan tidak terbagi-bagi, akan tetapi dalam kenyataannya terdapat pelbagai perbezaan sikap dan perilaku masyarakatnya  dalam memahami budaya Jawa tersebut. Perbezaan tersebut antara lain disebabkan oleh kondisi geografi yang menjadikan budaya Jawa terbagi ke dalam beberapa wilayah kebudayaan, dimana setiap wilayah kebudayaan memiliki ciri ciri khas tersendiri dalam mengimplementasikan falsafah-falsafah budaya Jawa ke dalam kehidupan keseharian.
    Salah satu unsur sistem budaya yang tetap dipertahankan dan diamalkan dari generasi ke generasi berikutnya oleh masyarakat Jawa adalah falsafah hidup. Falsafah hidup merupakan anggapan, gagasan, dan sikap batin yang paling umum yang dimiliki oleh seseorang atau sekelompok masyarakat. Falsafah hidup menjadi landasan dan memberi makna pada sikap hidup suatu masyarakat yang biasanya tercermin dalam pelbagai ungkapan yang dikenali dalam masyarakat.
    Apapun kekecewaan yang diterima dianggap sebagai karunia Tuhan. Mereka cenderung menerima dengan kesungguhan hati apapun hasilnya asalkan ada usaha yang lebih dulu dilakukan. Jika usaha yang dilakukan gagal, orang Jawa cenderung menerimanya sebagai sebuah pelajaran. Nrima bukan bererti tanpa usahayang gigih, namun hanya sebagai sandaran psikologi. Hal ini bererti orang Jawa mempunyai kewajiban moral untuk menghormati tata kehidupan yang ada di dunia ini. Mereka harus menerima kehidupan sebagaimana adanya sambil berusaha dan menumbuhkan kedamaian jiwa serta ketenangan emosi.
    Ketika orang Jawa dihadapkan dengan suatu konflik, mereka cenderung menghadapinya dengan memilih untuk diam dan tidak rewel (melawan) karena prinsip dasar dari kebanyakan orang Jawa adalah “lebih baik hidup rukun daripada harus bergaduh dengan orang lain”. Ertinya orang Jawa begitu menjunjung tinggi sifat nilai kerukunan antara sesama sendiri sehingga begitu menghindari konflik demi mencapai kedamaian dalam hidup. Orang Jawa  juga dikatakan memiliki sikap yang lambat, tidak mahu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, sopan santun, lemah lembut, ramah dan sabar.

CIRI-CIRI BUDAYA MASYARAKAT JAWA
a.      Bahasa
     Orang Jawa adalah orang yang mempunyai bahasa ibu yang sebahagian besar bermukim di daerah Jawa Tengah dan Jawa Timur dengan pusat kebudayaan berkiblat pada Kasunanan Surakarta dan Kesultanan Ngayogyakarta, meskipun sebagian besar orang Jawa tinggal di daerah lain namun tatacara kehidupannya mahupun cara berpikir, berperasaan masih tetap menggunakana pola Jawa, dan mengaku sebagai orang Jawa kerana tetap hidup dengan budaya Jawa.
    Bahasa adalah sistem lambang bunyi yang digunakan oleh para anggota suatu masyarakat untuk saling berinteraksi Antara satu sama lain. Dalam pergaulan sehari-hari umumnya orang Jawa menggunakan bahasa jawa dengan beberapa tingkatan iaitu bahasa Ongoko, Krama dan Krama Inggil. Bahasa Jawa Ongoko merupakan bahasa apa adanya, tanpa adanya tujuan untuk memberikan penghoramatan. Bahasa Jawa Krama pula merupakan bahasa yang digunakan untuk menghormati seseorang dan bahasa Jawa Krama Inggil  merupakan bahasa untuk menghormati orang lain dan lebih tinggi daripada bahasa Jawa Krama..
b.         Falsafah Hidup
    Banyak sekali falsafah hidup yang dimiliki oleh orang Jawa. Antaranya adalah falsafah hidup orang Jawa bahawa hidup manusia di bumi hanya sementara, singgah sebentar ibarat hanya untuk makan dan minum. Oleh kerana itu hidup di dunia lebih menonjolkan moralitas dalam hubungannya dengan manusia lainnya kerana menurut mereka kebaikan yang dilakukan oleh seseorang di muka bumi akan menghantarkan orang tersebut kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa dalam keadaan yang baik seperti awalnya dimana manusia itu dilahirkan. Konsep tersebut juga dalam kalangan Kejawen dikenal dengan istilah“Sangkan Paraning Dumadi”. Selain itu berbuat baik terhadap sesama juga mendorong terbentuknya suatu keteraturan dalam masyarakat serta terbentuknya kehidupan yang selaras. Dengan mentaati pedoman dalam masyarakat, maka tingkah laku serta hubungan antara manusia akan berjalan secara wajar, yang berkemungkinan untuk melakukan aktiviti secara efektif dan efisien.
    Salah satu falsafah hidup orang Jawa iaitu sapa nandhur bakalan ngundhuh, dalam ungkapan tersebut dapat dimaknai sebagai siapa yang berbuat ia akan menanggung akibatnya. Sing nandur becik bakal becik undhuh-undhuhane, sing nandur ala bakal ala undhuhundhuhane. Barang siapa menanam kebaikan maka kebaikan pula buahnya, barang siapa menanam keburukan maka keburukan pula buahnya.
    Nilai-nilai luhur Jawa yang juga merupakan falsafah hidup orang Jawa dinyatakan ada dua bahaya yang mengancam kehidupan manusia, iaitu nafsu dan egiosme (pamrih). Oleh kerana tu seseorang (khusunya orang Jawa) harus dapat mengendalikan nafsunya dan melepaskan pamrihnya. Nafsu yang membahayakan dalam masyarakat Jawa disebut dengan Malima yang merupakan lima nafsu yang harus dihindari iaitu madat, madon, minum, mangan main. Bertindak berdasarkan pamrih berupa mementingkan dirinya sendiri dibandingkan orang lain. Pamrih dalam hal ini juga dapat dilihat dari keinginan menang sendiri, menganggap dirinya paling benar, dan mementigkan dirinya sendiri. Oleh kerana itu nafsu dan pamrih merupakan hal yang harus dihindari dan menjadi pedoman diri seseorang agar bertingkah laku sesuai dengan tuntutan keteraturan sosial.
 
c.       Tradisi yang melingkupinya
    Banyak sekali tradisi yang dimiliki oleh masyarakat Jawa diantaranya upacara keselamatan yang masih banyak dilakukan oleh masyarakat Jawa saat ini. Walaupun di daerah perkotaan upacara keselamatan atau lebih dikenal dengan slametan sudah jarang terlihat tetapi di daerah pedesaan masih banyak ditemui slametan yang mempunyai tujuan agar keluarga yang melaksanakan selamatan memperolehi selamat. Selamat dalam melakukan pekerjaan, selamat.dalam perjalanan, selamat dalam segala tingkah laku dan perbuatannya. Berbagai jenis upacara selamatan yang masih dilakukan sampai saat ini antara lain upacara tingkeban, babaran,sepasaran, selapanan, pitonan, atau tedhak siten, sunat, perkawinan, kematian.
     Upacara-upacara tradisional juga masih banyak dilakukan dalam masyarakat Jawa. Upacara tradisional ini biasanya dilaksanakan pada bulan tertentu dan hari tertentu berdasarkan penanggalan jawa. Upacara tradisonal sendiri juga mempunyai  corak yang mana setiap daerah mempunyai ciri khas dan nama yang berbeza-beza. Misalnya di Yogyakarta ada upacara sekaten, labuhan ageng merapi, dan lain-lain. Di daerah pesisir Pantai Cilacap juga ada sedekah laut. Di daerah-daerah pedesaan ada sedekah bumi. Semua upacara tersebut bertujuan untuk memohon keselamatan maupun sebagai ungkapan rasa syukur terhadap limpahan rahmat yang telah diberikan.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAWA
    Agama Islam merupakan agama yang dianut oleh sebahagian besar masyarakat suku bangsa Jawa, yang nampak lebih  nyata pada bangunan-bangunan tempat beribadah orang-orang Islam. Di samping agama Islam terdapat juga agama besar yang lain, iaitu agama Nasrani dan agama lain. Namun tidak semua orang melakukan ibadahnya sesuai kriteria Islam, sehingga di dalam masyarakat terdapat pelbagai golongan islam. Antaranya adalah:
i.                    Golongan Islam santri : golongan yang menjalankan ibadahnya sesuai ajaran  Islam dengan melaksanakan lima ajaran Islam dengan syariat-syariatnya.
ii.                  Golongan Islam kejawen : golongan yang percaya kepada ajaran Islam, tetapi tidak secara patuh menjalanakan rukun-rukun Islam, misalnya tidak shalat, tidak pernah puasa, tidak pernah bercita-cita untuk melakukan ibadah  haji, dan sebagainya. Orang-orang Islam kejawen percaya kepada keimanan Islam walaupun tidak menjalankan ibadahnya, mereka menyebut Tuhan adalah gusti Allah dan menyebut Nabi Muhammad dengan kanjeng nabi. Kecuali itu, orang islam kejawen tidak terhindar dari kewajiban berzakat. Kebanyakan orang Jawa percaya bahawa hidup manusia di dunia ini sudah diatur dalam alam semesta sehingga ada yang bersikap nerimo, iaitu menyerahkan diri pada takdir.
     Bersamaan dengan pandangan tersebut, orang Jawa percaya kepada suatu kekuatan yang melebihi dari segala kekuatan dimana saja yang pernah dikenal, iaitu kasaktian yang terdapat pada benda-benda pusaka, seperti : keris, gamelan, dan lain-lain. Mereka juga mempercayai keberadaan arwah atau roh leluhur, dan makhluk-makhluk halus, seperti memedi, lelembut, tuyul, demit, serta izin yang menempati alam sekitar tempat tinggal mereka. Menurut kepercayaan, makhluk halus tersebut dapat mendatangkan kejayaan, kebahagiaan ketenteraman, atau keselamatan. Tetapi sebaliknya ada juga makhluk halus yang dapat menimbulkan ketakutan atau kematian.
    Apabila dimana seseorang ingin hidup tanpa menderita gangguan itu ia harus berbuat sesuatu untuk mempengaruhi alam semesta dengan sesuatu cara, iaitu  berprihatin, berpuasa, berpantang melakukan sesuatu perbuatan, serta makan makanan tertentu, berkeselamatan dan sesaji. Selamatan dan bersesaji seringkali dijalankan oleh masyarakat Jawa di sesebuah desa pada waktu tertentu.

ADAT RESAM MASYARAKAT JAWA
I.                   Adat apabila kematian
“Biar mati anak, jangan mati adat”. Itulah antara pepatah yang menunjukkan betapa pentingnya adat dalam kewujudan sesuatu bangsa. Bagi masyarakat Jawa, adat kematian adalah suatu perkara yang mesti dihadapi oleh setiap manusia. MasyarakatJawa mempunyai satu sistem atau cara tertentu untuk menyempurnakan sesuatu kematian. Sebaik sahaja berlakunya sesuatu kematian, ahli keluarga akan memberitahu imam atau Kiai untuk menguruskan kematian. Kemudian mereka akan menyebarkan berita tersebut kepada seluruh kampung termasuklah ahli keluarga yang jauh.
       Ahli masjid akan mengetuk gentung atau beduk untuk memberitahu tentang kematian. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat kampung supaya menziarahi si mati. Pada waktu yang sama, penggali kubur akan dipanggil untuk menggali liang lahad. Lazimnya terdapat seorang penggali kubur yang telah ditugaskan manakala yang lain hanya sekadar membantu. Sekiranya si mati meinggal pada waktu malam , jenazah akan dikebumikan keesokan harinya selepas zohor. Namun, sekiranya meninggal pada waktu pagi, jenazah akan dikebumikan pada waktu petang. Ini adalah sejajar dengan tuntutan agama yang mengkehendaki jenazah dikebumikan segera. Cara menyempurnakan mayat bermula dengan mayat diangkat dari tempat meninggal dunia dan diletakkan di atas sebuah pangkin atau katil yang bertilam dan beralas kain cadar yang bersih dan diletakkan di tengah-tengah rumah. Di bahagian atas katil turut dipasangkan langit-langit yang diperbuat daripada kain untuk melindungi mayat daripada sebarang habuk atau najis binatang.
      Mayat pula akan diselimuti dengan sehelai kain batik lepas iaitu kain yang tidak berjahit.  Sebelum itu, kedua-dua belah tangannya akan dirapatkan pada dada dan kedua-dua belah kakinya dirapatkan juga.Bahagian muka mayat tidak ditutup dengan kain tersebut supaya ahli keluarga dapat menatap wajah si mati untuk kali yang terakhir.Terdapat juga segelintir masyarakat jawa yang meletakkan sebilah kacip pinang melintang dari kiri ke kanan si mati adalah dipercayai kacip tersebut dapat menghalang mayat daripada dilangkahi hantu syaitan. Di bahagian hadapan katil pula diletakkan sebuah bekas bara api yang senantiasa berasap dengan membakar serbuk harum kayu setanggi atau kayu gaharu dengan menggunakan sabut kelapa. Kedua-dua jenis kayuini dibakar selagi mayat berada di atas rumah. Mengikut adat masyarakat Jawa, kayu setanggi dan gaharu yang dibakar selama tiga hari tiga malam walaupun si mati telah dikebumikan dapat mewangikan keadaan rumah serta sekaligus dapat menghalanghantu syaitan yang mungkin mengacau si mati tersebut.
      Pada masa yang sama beberapa peralatan lain turut disediakan. Antaranya ialah kain kapan, keranda dan sebagainya.. Kain kapan digunakan untuk membalut seluruh susuk tubuh si mati melainkan bahagian muka sahaja yang dibalut dengan kain nipis bagi memudahkan ahli keluarga menyingkap untuk melihat wajah si mati.
     Telah menjadi satu peraturan para pelawat sama ada saudara mara atau pun sahabat handal dikehendaki menghormati si mati dengan tidak membuat perkara yang boleh mengeruhkan lagi keadaan seperti berbual dengan kuat atau berkata-kata tentang perkara yang tidak senonoh apabila mayat masih lagi berada di rumah. Larangan ini turut dituntut oleh agama Islam. Selain itu, sebarang tangisan yang kuat malahan teresak pun amat dilarang oleh agama Islam sedangkan kita lebih digalakkan supaya mendiamkan diri dengan bertafakur kepada Tuhan dan membaca beberapa surah al-Quran terutama surah Yassin atau al-Fatihah untuk disedekahkan kepada si mati. Amalan ini membolehkan si mati akan sentiasa tenang ketika berada di alam barzakh.
II.                Adat Perkahwinan
    Disamping adat kematian, masyarakat Jawa juga amat mementingkan dan mengambil berat akan adat perkahwinan. Melalui adat perkahiwnan kebanyakan jodoh anak-anak ditentukan oleh ibu bapa dan kebiasaannya ibu bapa tidak begitu cerewet. Ibu bapa daripada pihak lelaki akan memilih perawan yang mempunyai sifat yang terpuji seperti lemah-lembut, bersopan santun, menghormati orang tua dan rajin bekerja. Ibubapa daripada pihak perempuan pula akan memilih teruna yangmempunyai sikap ringan tulang, pandai dalam soal agama, menghormati orang tua dan tahu tanggungjawab terhadap keluarga.
    Apabila ibubapa daripada pihak lelaki bersetuju, mereka akan menghantar wakil yang terdiri daripada mereka yang mengetahui selok-belok dalam adat merisik. Semasa merisik, sebentuk cincin akan diletakkan sebagai tanda tanya bagi memastikan anak gadis mereka masih belum berpunya. Cincin akan disimpan oleh pihak perempuan sekiranya pihak perempuan bersetuju menerimanya sebaliknya jika pihak perempuan tidak bersetuju,cincin tersebut boleh dipulangkan kemudian.
    Hari pertunangan akan dilangsungkan sebaik sahaja pihak perempuan bersetuju. Ibu pihak lelaki akan menyarungkan cincin pada jari bakal pengantin perempuan sebagai tanda yang menunjukkan mereka telah berpunya. Ada juga cincin disarung oleh kakak, adik atau ibu saudara kepada bakal pengantin lelaki. Kebiasaannya tempoh pertunangan ditentukan melalui perbincangan. Hari perlangsungan dilakukan sebaik sahaja tempoh pertunangan tamat. Pada masa itu, kedua-dua pihak akan mengadakan kenduri yang besar. Apa yang menarik dalam masyarakat Jawa, mereka akan membuat pelbagai jenis kuih untuk dijamukankepada saudara-mara atau sahabat handai yang datang ke majlis tersebut. Antara kuih yang lazim dibuat adalah tumpi, tempeyek dan bahulu. Bagi mereka yang bekerja dibahagian dapur, mereka akan dihidang dengan minuman ringan. Begitu juga mereka yang sedang mendirikan khemah, membelah kayu dan mencuci pinggan mangkuk.
    Masyarakat Jawa memastikan semua saudara mara atau sahabat yang dating dijamu dengan sempurna. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tuan rumah tidak menyediakan makanan ringan kepada saudara-mara dan akan menjadi sebutan masyarakat setempat selepas kenduri kelak. Persekitaran dihiasi dengan bunga mangga untukmenyerikan lagi majlis.  Kedatangan pengantin lelaki disambut pengantin perempuan dan mereka akan berjalan seiringan menuju ke rumah. Kemudian, mereka akan diiringi sehingga ke pelamin. Ada segelintir masyarakat Jawa yang meletakkan pelamin ditengah halaman rumah supaya dapat dilihat oleh semua orang. Sebaik sahaja kedua-dua pengantin duduk di pelamin, persembahan pencak silat dilakukan bagi memeriahkan lagi upacara persandingan. Pertunjukkan kuda kepang juga turut dimainkan. Setelah itu, kedua-dua pengantin akan dibawa masuk keruang tamu untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai. Setelah petang, kedua-dua pengantin diiring menuju ke rumah pengantin lelaki pula. Sekiranya rumah pengantin lelaki jauh, bermakna kenduri di rumah lelaki akan dilakukan berselang hari
    Apabila upacara persandingan selesai, majlis kenduri pun berakhir. MasyarakatJawa membersihkan segala peralatan pinggan mangkuk secara bergotong-royong terutamanya kaum perempuan. Kaum lelaki pula akan menguruskan khemah, kerusi, meja dan sebagainya. Kemudian makanan yang berlebihan akan diberi kepada saudara-mara sebelum mereka pulang. Pengagihan ini menjadi kemestian dalam masyarakat Jawa dan ini dikenali sebagai berkat. Jika saudara-mara atau sahabat sahabat  tiada atau sudah pulang, tuan rumah membekalkan berkat tersebut. Lazimnya,berkat ini terdiri daripada nasi minyak, lauk kurma,acar dan sedikit telur dan pulut. Sesungguhnya , melalui warisan adat resam dan budaya ini mampu untuk mengekalkan warisan nenek moyang terdahulu. Malah tanpa diketahui, pengamalan adat resam ini juga mempunyai nilai positif yang tiada tolok bandingnya.

JANTINA BAGI MASYARAKAT JAWA
Ø  Lelaki dan Perempuan Jawa
               
    Lelaki dan perempuan merupakan makhluk Allah yang saling melengkapi antara satu sama lain. Sifat saling melengkapi inilah yang menjadi lumrah dalam kehidupan. Kajian tentang stereotaip jantina menunjukkan bahawa biasanya perempuan dan lelaki mempunyai stereotaip yang sama. Lelaki di dapati bersikap logik, dominan, berdikari dan agresif.  Perempuan pula disifatkan sebagai sensitif, emosional, penyayang, menggunakan intuisi, agak berdikari dan mudah berputus asa.    Kemungkinan besar sifat personaliti seperti ini tidak semula jadi sepenuhnya kerana dalam beberapa budaya tedapat kaum wanita agresif dan dominan manakala kaum lelaki bersifat emosional dan sensitif. Oleh itu, budaya memainkan peranan penting dalam menentukan sikap tertentu dan menyembunyikan sikap yang lain. Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil,anak-anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza sejak dilahirkan. Kanak-kanak dapat mengenalpasti diri sendiri sebagai lelaki atau perempuan dan secara terbuka mencari dan menerima maklumat tentang sifat kelelakian atau kewanitaan. Anak lelaki disuruh jangan menjadi pondan, anak perempuan pula disuruh bersopan. Anak lelaki juga tidak digalakkan menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi agresif. Anak-anak lelaki akan diajak bertani oleh bapa. Manakala anak perempuan akan diajar menguruskan kerja rumah oleh ibu. Inilah yang menjadi pegangan orang tua zaman dahulu. Pernyataan ini benar!,Dalam masyarakat Jawa, lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesuatu masyarakat. Sama seperti kebanyakan kaum serumpun Melayu yang lain, kaum lelaki dianggap sebagai ketua. Contohnya seperti pelantikan Kiai atau Siak dan Lurah. Jawatan ketua ini akan disandang oleh kaum lelaki. Menurut kepercayaan, kaum lelaki lebih berfikiran matang tanpa mengikut perasaan dibandingkan dengan kaum perempuan. Ini kerana jiwa perempuan yang lebih sensitif akan menjadikan mereka lebih beremosi dalam membuat keputusan.Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka sebagai orang yang sangat penting dalam menjadi ketua keluarga.  Tugas-tugas ketua keluarga adalah mencari nafkah. Malah kaum lelaki turut menjadi pelindung seluruh anggota keluarga.        Mereka menjaga keselamatan isteri dan anak-anak mereka. Sifat lelaki Jawa yang tegas dari luar namun lembut dari dalam. Lelaki Jawa seperti juga lelaki Melayu tidak memarahi anak-anak secara terbuka , tetapi disampaikan melalui isteri.
    Malah pandangan dan jelingan mata mereka juga mampu menyampaikan mesej tertentu kepada anak-anak. Boleh dikatakan juga bahawa bapa adalah pelindung keluarga dalam diam. Berbanding dengan perempuan Jawa , mereka lebih dicirikan sebagai seorang wanita yang penuh dengan nilai-nilai kelembutan. Terdapat istilah Jawa yang menyebut bahawa isteri sebagai “Kanca Wingking” yang bermaksud isteri adalah tulang belakang suami dalam mengelolakan bahtera rumah tangga.  Bertepatan dengan sikap dan sifat mereka yang  halus, lemah-lembut dan manis, adalah bersesuaian tugas mereka untuk membuat kerja-kerja di rumah sementara menunggu pulangnya suami dari mencari rezeki.
      Betapa penyataan ini tepat jika dibandingkan dengan sifatsaling melengkapi antara lelaki dan perempuan.Namun dewasa ini, melalui proses pemodenan dan pembangunan, masyarakat Jawa juga saling berinteraksi dengan masyarakat luar dan mengubah sedikit demi sedikit peranan setiap jantina. Kini, masyarakat Jawa sudah keluar dari kepompong melalui peluang pendidikan. . Malah perbezaan jantina antara lelaki dan perempuan juga semakin terhakis mengikut peredaran zaman.




MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT JAWA
  •         i.    Masyarakat Jawa tengah

Pindang Serani
     Selain dikenal dengan ukiran benuknya yang khas, Jepara Jawa Tengah memiliki pelbagai masakan daripada hasil olahan ikan laut. Salah satunya adalah masakan pindang serani yang memiliki kenikmatan perpaduan rasa pedas, asam, manis dan sesuai sekali dihidangkan di waktu siang.
    Bagi masyarakat Jepara, pindang serani adalah salah satu masakan kegemaran. Selain memiliki pelbagai rasa, masakan ini sesuai sekali dihidangkan di waktu siang. Tidak hairan, jika masakan ini dijadikan pelengkap makanan keseharian masyarakat Jepara.
    Masakan pindang serani sangat sesuai di hidangkan selagi masih panas. Apatah lagi, sewaktu bersama keluarga atau berkumpul  bersama rakan sekerja, di tempat yang  terbuka atau di mana sahaja..Rasa manis, asam serta pedas, menjadi khas nikmatnya pindang serani.
Nasi megono
           
     Nasi megono adalah makanan yang sudah biasa dijamu oleh warga Pekalongan,bahkan sudah menjadi makanan sehari-hari. Nasi megono sendiri paling sedap disajikan dengan lauk apa saja, Tauto, soto, cumi / sotong kuah hitam panggang ikan pari atau panggang iwak Pe.      Cukup mudah mencari nasi megono di sudut kota dan terdapat banyak penjual nasi megono dengan berbagai penyajian, dan harganya pun cukup murah. Makanan ini sering menjadi kegemaran anak muda dikala malam hari. Nasi megono terbuat dari bahan berupa nangka muda atau tewel, atau cecek, atau gori, dan rempah-rempah lain. Memang kelihatannya sederhana, tapi banyak yang tidak tahu cara membuatnya.

  1.       ii.     Masyarakat Jawa Timur

Rujak Cingur Surabaya
    Rujak Cinguradalah masakan yang berasal dari Kota Surabaya, Jawa Timur. Rujak ini sangat mirip dengan rujak uleg atau rujak sayur, iaitu rujak yang proses pembuatan bumbunya dengan cara diuleg, sedangkan bahan dasar rujak itu sendiri adalah sayur yang tentu penuh gizi serta zat.
Beza Rojak Cingur dan rujak uleg: Seperti namanya, makanan khas Jawa Timur ini memiliki keistimewaan, iaitu adanya penambahan bahan cingur pada rujak. Cingur adalah sebahagian daripada badan Sapi, iaitu tulang rawan di sekitar bibir atau muncung Sapi. Dalam bahasa Jawa, Cingur bererti bibir. Selain di kawasan bibir, boleh juga menggunakan tulang rawan di sekitar kaki Sapi. Bagi warga Indonesia, khususnya penduduk Jawa Timur, makanan rujak cingur tentu bukan makanan yang asing lagi di lidah. Rujak yang disebut salad Jawa ini memang memiliki cita rasa yang unik. Rujak cingur ini banyak di jumpai di Jawa timur khususnya di Surabaya, Sidoarjo dan sekitarnya.
Nasi Boranan Lamongan
    Boranan atau nasi boranan adalah makanan khas kota Lamongan Jawa Timur. Untuk itu, penjual nasi boranan ini boleh ditemui di setiap sudut kota Lamongan, tidak kira disiang hari mahupun di malam hari. Disebut nasi boranan kerana tempat untuk menyimpan nasi diperbuat daripada anyaman bambu oleh warga sekitar yang disebut sebagai boran. Dulu, alat penyimpan nasi ini sering dijadikan tempat menyimpan nasi sebelum ditemukannya perabot rumah tangga moden. Ciri khas lain menu ini adalah sambal boranan, iaitu racikan bumbu lengkap yang telah di goring dan pedas. Biasanya, makcik yang memasak nasi boranan ini masih menggunakan bahan bakar kayu agar bau nasi dan sambalnya lebih sedap. Jika dimakan di tempat penjualan, nasi boranan dihidangkan dalam bentuk pincuk yang terbuat dari daun pisang. Hidangan seperti ini terasa lebih nikmat.

  •     iii.            Masyarakat Jawa Barat

Ketoprak
Ketoprak Jakarta adalah salah satu jenis makanan khas Indonesia dengan menggunakan ketupat yang mudah dijumpai. Biasanya ketupat dijajakan menggunakan kereta dorong di jalan-jalan atau dikaki lima. Bahan utamanya adalah tahu,bihun,ketimun,tauge dan bisa juga pakai telur rebus yang dilengkapi dengan saus kacang,kecap, dan taburan bawang merah goreng. Dapat pula dihidangkan dengan tambahan keropok atau emping melinjo. Beberapa tempe juga dijadikan sebagai bahannya.
Keripik Singkong
    Keripik Singkong merupakan makanan khas daerah jawa, terutama Jawa Barat dan khususnya Bandung. Keripik ini sudah tentu dibuat dari bahan utama Singkong, saat ini banyak sekarang permintaan daripada anak-anak daerah jawa, untunk mengembangkan keripik singkong yang lebih laris terutama dari segi rasa, salah satu hasil keripik singkong pedas adalah Sekar Wangi yang memperhasilkan keripik singkong pedas ditambah aroma daun jeruk sehingga ketika dimakan menimbulkan rasa yang segar dan tidak menyebabkan sakit di perut.
Makanan Siomay Khas Bandung
     Siomai atau siomay adalah salah satu jenis dim sum (makanan kecil). Dalam bahasa Mandarin, makanan ini disebut shaomai, sementara dalam bahasa Kanton disebut siu maai. Dalam masakan Indonesia terdapat pelbagai jenis variasi siomai berdasarkan daging untuk isi, mulai daripada siomai ikan tenggiri, ayam, udang, kepiting, atau campuran daging ayam dan udang. Di indonesia, siomay merupakan makanan khas bandung. Kuliner khas Bandung ini terbuat dari tepung aci dan ikan, diberi bumbu kemudian dikukus, dan disajikan atau dimakan dengan telur rebus, kol, tahu, kentang dan dicampur dengan saus kacang, yang sudah dibumbui.







PAKAIAN MASYARAKAT JAWA
                                i.            Pakaian Adat Jawa Tengah
 
    Nama pakaian adat Jawa Tengah adalah kain kebaya . Di Jawa ada bermacam-macam  pakain adat yang dikenakan dalam acara penikahan mahupun dalam acara adat  lainnya. Yang paling terkenal daripada pakaian adat Jawa Tengah adalah pakaian setelan kain kebaya, kain kebaya yang ada di Jawa Tengah berbeza motif jika dibandingkan kebaya dari Yogyakarta mahupun daerah lain.
    Biasanya yang membezakannya adalah pada motif batik serta model setelan cara pemakaian kain kebayanya. Kalau dilihat sepintas lalu, pakaian adat Jawa Tengah identik dengan penggunaan kain kebaya dengan motif batik, dimana batik yang digunakan merupakan batik tulen yang masih tergolong asli. Macam-macam pakaian adat Jawa Tengah seperti yang terlihat pada gambar di atas merupakan warisan budaya nenek moyang yang patut kita lestarikan dan menjadi kebanggaan bangsa Indonesia khususnya masyarakat Jawa.

                              ii.            Pakaian Adat Jawa Timur
    Secara sekilas pakaian adat Jawa Timur hampir seiras dengan pakaian adat Jawa Tengah. Hal ini kerana pengaruh kebudayaan dan adat Jawa Tengah sangat banyak kepada adat Jawa Timur. Namun tetap berbeza juga dari segi pakaian adat Jawa Tengah  dan Jawa Timur.  Pakaian Jawa Tengah mengambarkan  perilaku orang Jawa Tengah yang sopan  santun dan beretika serta  berbalut filosofi dalam kain batik pakaian adat  Jawa Timur. Manakala pakaian Jawa Timur mencerminkan ketegasan dan kesederhanaan. Dari segi  pakaian juga  dapat menunjukkan kebudayaan masyarakat  Jawa Timur.

                            iii.            Pakaian Adat Jawa Barat
PAKAIAN ADAT LELAKI JAWA BARAT :
    Terdiri dari baju jas dengan kerah menutup leher yang biasa disebut dengan JAS TAKWA. Kain batik atau lebih dikenal dengan nama KAIN DODOT dengan motif bebas. Seluar panjang yang sewarna dengan JAS TAKWA. Penutup kepala / BENDO atau kalung. Sebilah keris yang terselip di belakang pinggang dan alas kaki atau selop. Rantai kuku macan atau jam rantai sebagai hiasan JAS TAKWA .
PAKAIAN ADAT WANITA JAWA BARAT :
Baju kebaya motif polos dengan hiasan sulam atau manik-manik. Kain batik atau disebut juga KAIN KEBAT DILEPE.Ikat pinggang, biasa disebut BEUBEUR yang fungsinya untuk mengancangkan kain KEBAT DILEPE. Selendang,yang  biasa disebut KAREMBONG yang berfungsi sebagai pemanis. Beberapa hiasan kembang goyang yang menghiasi bagian atas kepala serta rangkaian bunga melati yang menghiasi sanggul rambut. Kalung dan alas kaki / selop yang warnanya sama dengan warna kebaya.

PERUBAHAN KELAS DAN STRUKTUR SOSIAL PADA MASYARAKAT JAWA
    Perubahan masyarakat terhadap model produksi dari pertanian ke imigrasi membawa transformasi pada bentuk tradisional ke moden, mempengaruhi struktur kelas sosial dalam perubahan atau pergantian kelas semakin banyak terjadi pada kalangan masyarakat di desa. Untuk itu bagi menerang lebih jelas lagi dimulai persoalan ini dengan sedikit cerita mengenai konsep tradisional ngenger dan konsep moden iaitu migrasi dalam berbagai bentuknya sekarang ini.
Ngenger, sebuah mobilitas kelas tradisional 
    Bentuk-bentuk mobilitas tradisional Jawa terjadi pada antara keluarga. Ngenger secara struktur masyarakat sosial merupakan salah satu bentuk mobilitas vertikal yang biasa dilakukan oleh kalangan masyarakat petani kepada para lelaki di keluarga Jawa. Dalam bahasa Kawi Ngenger berarti Suhito. Anak-anak yang melakukan ngenger biasa disebut atmo suhito. Keluarga yang tidak mampu secara ekonomi dan sosial menghantarkan anaknya untuk ikut keluarga yang lebih senang dan lebih mampu agar mendapatkan pendidikan sekolah dan juga etika Jawa. Kata lain untuk menggambarkan ngenger adalah adopsi atau asuh. Biasanya keluarga ini memiliki hubungan baik dan sudah dekat. Konsep ngenger dapat dikatakan dengan gambaran anak yang dihantarkan kepada keluarga yang lebih mampu dan mereka bekerja sebagai pelayan rumah tangga, untuk mendapatkan makanan, pakaian, tempat tinggal di rumah keluarga tersebut, wang saku, dan juga disekolahkan. Kerana atmo suhito ini mengandalikan loyalitasnya pada keluarga tersebut maka seumur hidup anak-anak akan mengabdikan dirinya untuk keluarga itu, sehingga keluarga lelaki itu menganggap  anak-anak atmo suhito sebagai keluarga sendiri .
 Migrasi, Mobilitas Pembentukan Global
    Migrasi merupakan sebuah pergerakan manusia dari satu wilayah ke wilayah lain. mobilitas ini tidak hanya terjadi dalam konteks lokasi tetapi juga dalam konteks struktur sosial masyarakat. Seperti halnya Sumba dan Jawa, di wilayah lain di dunia persoalan antar kelas sosial masyarakat juga mengalami mobilitas. AnaTsing menggambarkan bahawa pergerakan global seperti barang, gagasan, wang, dan orang-orang dari seluruh wilayah akan menembus dan meresap ke dalam suatu masyarakat lainnya. Kemudian dengan adanya interaksi dan sentuhan dari masyarakat lokal itu pula mengakibatkan adanya gesekan atau pertemuan antara lokal dengan global yang kemudian mendapat tindakbalas oleh kelompok masyarakat tersebut. Terbukanya kesempatan untuk mengadakan mobilitas internasional mahupun transnasional yang menyentuh masyarakat tradisional menyebabkan terjadinya migrasi kerja sebagai model produksi baru dalam masyarakat lokal. Hal ini memberikan kontribusi dalam pergerakan baru dalam masyarakat lokal itu sendiri yang dapat merubah struktur sosial masyarakat..
    Stephen Castles menunjukkan bahawa pergerakan global ke arah modernitas merupakan kelanjutan dari proses internal dan eksternal . Ekspansi eksternal ditunjukkan dengan penyebaran nilai-nilai barat, institusi, dan teknologi. Sedangkan ekspansi internal ditunjukkan oleh pertumbuhan ekonomi, industrialisasi, perkembangan administrasi, dan sebagainya. Tentunya tidak hanya yang disebutkan oleh Castles. Di Jawa pedesaan masih banyak bentuk ekspansi internal yang menyebabkan terjadinya mobilitas antar batas wilayah. Selain kerana pertanian yang tidak lagi dapat menjamin keperluan ekonomi masyarakat, ada keperluan status dan harga yang lebih  yang ingin dicari oleh para migran.







KESENIAN MASYARAKAT JAWA
i.                    Kesenian Masyarakat jawa tengah
Batik :
                                            
Batik tidak hanya terkenal di daerah Jawa Tengah saja tetapi juga di daerah lain di Indonesia pun memiliki balik masing-masing. Namun setiap daerah memiliki motif yang berbeda. Di Jawa Tengah mempunyai motif dasar yang relatif terikat pada pakem tertentu. Motif-motif ini mempunyai sifat simbolis dan berlatarkan kebudayaan Hindu-Jawa.
Wayang Kulit
                                           
Kesenian wayang dalam bentuknya yang asli timbul sebelum kebudayaan Hindu masuk di Indonesia dan mulai berkembang pada zaman Hindu Jawa.Tokoh yang digambarkan untuk pertama kali adalah Batara Guru atau Sang Hyang Jagadnata yaitu perwujudan dari Dewa Wisnu.
Tari serimpi
                              
Tari Serimpi adalah jenis tarian tradisional Daerah Jawa Tengah. Tarian ini diperagakan oleh empat orang penari yang semuanya adalah wanita. Jumlah ini sesuai dengan erti kata serimpi yang berarti empat. Menurut Kanjeng Brongtodiningrat, komposisi empat penari sebagai simbol dari empat penjuru mata angin yakni Toya (air), Grama (api), Angin (udara) dan Bumi (tanah). Sedangkan nama peranannya adalah Batak, Gulu, Dhada dan Buncit yang melambangkan tiang Pendopo.
Ketoprak
Ketroprak merupakan suatu teater rakyat yang terkenal di Jawa Tengah.

ii.                  Kesenian Masyarakat jawa Timur
Seni Tari
Tari Remong, sebuah tarian dari Surabaya yang melambangkan jiwa, kepahlawanan. Ditarikan pada waktu menyambut para tamu. Reog Ponorogo, merupakan tari daerah Jawa Timur yang menunjukkan keperkasaan, kejantanan dan kegagahan.
Muzik
Muzik tradisional Jawa Timur hampir sama dengan muzik gamelan Jawa Tengah seperti Macam laras (tangga nada) yang digunakan iaitu gamelan berlaras pelog dan berlaras slendro. Nama-nama gamelan yang ada misalnya ; gamelan kodok ngorek, gamelan munggang, gamelan sekaten, dan gamelan gede.
Kini gamelan dipergunakan untuk mengiringi bermacam acara, seperti; mengiringi pagelaran wayang kulit, wayang orang, ketoprak, tari-tarian, upacara sekaten, perkawinan, khitanan, keagaman, dan bahkan kenegaraan.Di Madura musik gamelan yang ada disebut Gamelan Sandur.



Ketoprak
Ketoprak (bahasa Jawa kethoprak) adalah sejenis seni pentas yang berasal dari Jawa. Dalam sebuah pentasan ketoprak, sandiwara yang diselangi dengan lagu-lagu Jawa dan diiringi dengan gamelan. Tema cerita dalam sebuah pertunjukan ketoprak bermacam-macam. Biasanya diambil dari cerita legenda atau sejarah Jawa.

iii.                Kesenian Masyarakat jawa Timur
Tari Jaipongan
                                          
Jaipongan adalah sebuah seni tari yang lahir dari kreativiti seorang senimanyang berasal dari asal Bandung,Gugum Gumbira. Perhatiannya pada kesenian rakyat yang salah satunya adalah Ketuk Tilu menjadikannya mengenal betul perbendaharan pola-pola gerak tari tradisi yang ada pada Kliningan/Bajidoran atau Ketuk Tilu.Gerak-gerak bukaan, pencugan, nibakeun dan beberapa ragam gerak mincid dari beberapa kesenian di atas cukup memiliki inspirasi untuk mengembangkan tari atau kesenian yang kini dikenal dengan nama Jaipongan. Di Jawa Barat misalnya, tari pergaulan merupakan pengaruh dari Ball Room, yang biasanya dalam pertunjukan tari pergaulan tidak lepas dari keberadaan ronggeng dan pamogoran. Ronggeng dalam tari pergaulan tidak lagi berfungsi untuk kegiatan upacara, tetapi untuk hiburan atau cara gaul.
Tari Topeng
Tari topeng dari Cirebon, merupakan salah satu tarian di tatar Parahyangan. Disebut tari topeng, kerana penarinya menggunakan topeng disaat menari. Tari topeng ini sendiri banyak sekali ragamnya, dan mengalami perkembangan dalam hal gerakandalam cerita yang ingin disampaikan. Terkadang tari topeng dimainkan oleh saru penari tarian solo, atau boleh juga dimainkan oleh beberapa orang. Salah satu jenis lainnya daripada tari topeng ini adalah Tari topeng kelana kencana wungu yang merupakan rangkaian tari topeng gaya Parahyangan yang menceritakan ratu Kencana wungu yang dikejar-kejar oleh prabu Menakjingga yang tergila-tergila padanya. Pada dasarnya topeng yang mewakili masing-masing menggambarkan perwatakan manusia. Kencana Wungu, dengan topeng warna biru, mewakili karakter yang lincah namun anggun. Menakjingga (disebut juga kelana), dengan topeng warna merah mewakili karakter yang berangasan, tempramental dan tidak sabra.. Tari ini karya Nugraha Soeradiredja.
Tari Merak
Tari Merak menggambarkan kehidupan satwa burung Merak yang mempunyai keanggunan, keindahan dan kelincahan gerak-geriknya dalam kehidupan burung Merak yang sedang bercanda ria didalam alam jagad raya ini. Tari ini adalah tarian yang dimainkan oleh wanita. Ia adalah tari klasik Sunda yang menyimbolkan kecantikan alam.



KESIMPULAN 
       Kebudayaan merupakan hasil kreasi manusia yang tidak dibentuk hanya dalam waktu hitungan jari, baik itu jari tangan mahupun kaki. Kebudayaan dibentuk dari awal kehidupan manusia, sampai akhir kehidupan manusia. Oleh karena itu, kebudayaan memang seharusnya kita pertahankan dan lestarikan keberadaannya. Disamping untuk menghormati segala yang telah diwariskan oleh nenek moyang kita, kebudayaan merupakan hal yang amat berharga dan tiada galang ganti.
    Masyarakat Jawa yang kaya dengan nilai-nilai murni budaya memiliki banyak cara untuk mengaplikasikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian. Melalui ungkapan, falsafah hidup Jawa dapat terjaga kelestariannya. Nilai-nilai moral yang terkandung di dalamnya sentiasa memberi pengajaran tersendiri bagi tiap peribadi yang selalu berusaha memegang teguh adat istiadat budaya Jawa.  Dari segi budaya pemakaian masyarakat Jawa dapat diikuti oleh semua masyarakat tidak kira masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa serta pemakaian masyarakat Jawa juga terkenal di peringkat antarabangsa kerana keunikkan corak di pakaiannya.
       Masyarakat Jawa merupakan satu masyarakat dari pelbagai suku di Indonesia. Masyarakat Jawa, yang dulu dikenal dengan batiknya, serta berbagai adat istiadat serta kebiasaan yang unik, kini berganti dengan masyarakat Jawa yang dikatakan “Gaul”. Lunturnya kebudayaan yang indah ini, disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya adalah globalisasi, modernisasi, konsumerisme, serta turisme. Hal-hal tersebut saat ini sudah membunuh puluhan, ratusan, bahkan ribuan kebudayaan Jawa yang unik dan diagung-agungkan oleh bangsa lain.

    Dan saat ini, seperti yang kita semua telah sedari, kebudayaan daerah, Jawa khususnya mulai luntur tergantikan oleh Kebudayaan Barat yang di agung-agungkan oleh generasi muda. Padahal orang-orang Barat yang kita "tiru" gayanya itu lebih menghargai budaya daerah asli Indonesia. Kerana mereka lebih menghargai originalitas suatu kebudayaan. kita mulai bangga akan budaya kita sendiri, dan melestarikannya dengan sebaik dan sebisa mungkin. Oleh karena itu, "SELAMATKAN BUDAYA SEBELUM HILANG ENTAH KEMANA"